Wednesday 5 September 2012


Windows 7 di nobatkan sebagai sistem operasi komputer desktop paling popular di dunia mengikut laporan dari IT Pro, dengan itu Windows 7 telah berjaya mengalahkan populariti Mac OS X juga Windows Xp yang dulunya ditabalkan sebagai sistem operasi paling popular di seluruh dunia. Bermula dari November 2011, populariti Windows 7 semakin meningkat dari sebulan ke sebulan, kebanyakan gajet perkomputeran model terbaru seperti laptop, netboook, ultrabook dan desktop pc didatangkan bersama Windows 7 di dalamnya. Sepanjang tempoh bermula dari Oktober 2011 hingga Ogos 2012, populariti Windows Vista menurun sedikit demi sedikit. Dengan kemunculan Windows 8 yang akan dibuat pelancarannya pada 26 Oktober 2012, populariti Windows 7 tidak akan tergugat kerana Windows 8 lebih banyak disasarkan untuk tablet walau turut boleh digunakan untuk laptop juga desktop pc. Windows 7 banyak digunakan di dalam komputer untuk para pekerja di pejabat-pejabat sektor kerajaan dan sektor swasta manakala Windows 8 pula difokuskan kepada peranti peribadi untuk aktiviti santai serta untuk kegunaan persendirian.



9:32 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search