Sunday 24 June 2012


PETALING JAYA: HyppTV menerusi perkhidmatan jalur lebar UniFi memperkenalkan empat lagi saluran premium terbaru dalam kadar serendah RM3 hingga RM9 sebulan bagi tempoh dua tahun beroperasi, sekali gus menjadikannya 90 saluran.

Naib Presiden, Operasi Perniagaan dan Media, New Media, Telekom Malaysia Bhd (TM), Emily Wee berkata, pelancaran empat saluran terkini adalah hasil kerjasama antara TM bersama tiga lagi syarikat iaitu Multi Channels Asia, Homegrown Sdn Bhd dan Sky Blue Media Sdn Bhd.


“Ini satu daripada inisiatif TM untuk mempelbagaikan saluran di platform televisyen internet protokol (IPTV), sekali gus memperkayakan pilihan tontonan kepada 320,000 pelanggan HyppTV seluruh negara.

“Empat saluran berkenaan adalah EC Inspirasi (saluran 106), Outdoor Channel HD (saluran 172), UTV Star (saluran 194) dan Kids Co (saluran 133), kita menjangkakan penawaran menerusi pelbagai genre program ini mampu memenuhi permintaan serta cita rasa masyarakat.


“Setiap saluran ini memiliki kelebihan dan keunikan tersendiri. EC Inspirasi adalah terbitan tempatan 100 peratus atau dikenali sebagai saluran ‘semangat indie’ khas untuk remaja merangkumi program terbaru berkaitan industri muzik tempatan, trend, fesyen serta gaya hidup masa kini,” katanya ketika merasmikan pelancaran empat saluran itu di The Curve, dekat sini, semalam.





11:47 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search