Wednesday 19 June 2019




AMD baru-baru ini memperkenalkan CPU ultra-pantas terbaru untuk kegunaan umum, Ryzen 9 3900X di Computex hari ini. CPU Ryzen Generasi Ketiga ini diperkenalkan secara rasmi oleh CEO AMD, Puan Lisa Su.
CPU keluaran AMD ini dikatakan saingan kepada CPU 12 teras dari Intel, i9-9920X. Berbanding Intel, CPU terbaru keluaran Intel ini didakwa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dari aspek prestasi, nilai dan kecekapan.
Kesemua cip-cip Generasi Ketiga AMD Ryzen ini dibina berasaskan senibina Zen 2 terbaru yang turut menawarkan peningkatan prestasi sehingga 15 peratus pada hampir setiap aplikasi. AMD juga telah menggandakan prestasi titik apungan dan juga kapasiti cache dari CPU keluarannya yang terdahulu. Bagi cip 3900X, ia menampilkan kelajuan asas 3.68GHz dan kelajuan dipertingkatkan pada 4.6GHz bersama-sama cache keseluruhan 70MB. AMD juga mendakwa 3900X mampu melakukan rendering di dalam aplikasi Blender 16 peratus lebih baik dari cip pemprosesan Intel berkenaan.

Ryzen 7 3800X


Sebuah lagi cip pemprosesan AMD Ryzen Generasi Ketiga yang diperkenalkan adalah Ryzen 7 3800X. Menawarkan kelajuan klok 3.9GHz/4.5GHz, cip 8 teras/16 bebenang ini dikatakan menyaingi Intel Core i9-9900K. Pada harga $399, Ryzen 7 3800X juga lebih murah berbanding i9-9900K.

Ryzen 7 3700X

Ryzen 7 terakhir yang diperkenalkan, 3700X ditawarkan di pasaran pada harga $329. Cip lapan teras ini merupakan cip yang paling cekap penggunaan tenaganya dalam ‘ketiga-tiga beradik’ Ryzen 7 ini dengan 65W TDP. Menurut AMD, 3700X 15 peratus lebih pantas berbanding keluaran versinya terdahulu 2700X untuk ujian Cinebench R20 bebenang tunggal, 18 peratus lebih baik dalam ujian berbilang bebenang. Seperti ‘abang-abangnya’, cip pemproses AMD ini pula merupakan saingan kepada Intel Core i9 9700K.

Ryzen 5 3600 dan Ryzen 5 3600X

Melengkapkan barisan keluarga CPU terbaru keluaran AMD ini adalah Ryzen 5 3600, sebuah cip 6-teras/12-bebenang yang dijual pada harga $199. Turut diperkenalkan Ryzen 5 3600X dibezakan dengan kelajuan klok 200MHz lebih pantas dari 3600 dan TDP yang lebih tinggi pada 95W.
Kesemua CPU Ryzen terbaru ini dijangka menyokong PCIe 4.0, piawaian terbaru yang menawarkan kelajuan storan 42 peratus lebih pantas berbanding piawaian PCIe 3.0. CPU AMD Ryzen Generasi Ketiga ini disasarkan bakal menemui pengguna pada 7 Julai 2019.

Sumber: Harian Teknologi


4:34 pm   Posted by Khairul in with No comments

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search