Wednesday 19 June 2019




AMD baru-baru ini memperkenalkan CPU ultra-pantas terbaru untuk kegunaan umum, Ryzen 9 3900X di Computex hari ini. CPU Ryzen Generasi Ketiga ini diperkenalkan secara rasmi oleh CEO AMD, Puan Lisa Su.
CPU keluaran AMD ini dikatakan saingan kepada CPU 12 teras dari Intel, i9-9920X. Berbanding Intel, CPU terbaru keluaran Intel ini didakwa mempunyai kelebihannya yang tersendiri dari aspek prestasi, nilai dan kecekapan.
Kesemua cip-cip Generasi Ketiga AMD Ryzen ini dibina berasaskan senibina Zen 2 terbaru yang turut menawarkan peningkatan prestasi sehingga 15 peratus pada hampir setiap aplikasi. AMD juga telah menggandakan prestasi titik apungan dan juga kapasiti cache dari CPU keluarannya yang terdahulu. Bagi cip 3900X, ia menampilkan kelajuan asas 3.68GHz dan kelajuan dipertingkatkan pada 4.6GHz bersama-sama cache keseluruhan 70MB. AMD juga mendakwa 3900X mampu melakukan rendering di dalam aplikasi Blender 16 peratus lebih baik dari cip pemprosesan Intel berkenaan.

Ryzen 7 3800X


Sebuah lagi cip pemprosesan AMD Ryzen Generasi Ketiga yang diperkenalkan adalah Ryzen 7 3800X. Menawarkan kelajuan klok 3.9GHz/4.5GHz, cip 8 teras/16 bebenang ini dikatakan menyaingi Intel Core i9-9900K. Pada harga $399, Ryzen 7 3800X juga lebih murah berbanding i9-9900K.

Ryzen 7 3700X

Ryzen 7 terakhir yang diperkenalkan, 3700X ditawarkan di pasaran pada harga $329. Cip lapan teras ini merupakan cip yang paling cekap penggunaan tenaganya dalam ‘ketiga-tiga beradik’ Ryzen 7 ini dengan 65W TDP. Menurut AMD, 3700X 15 peratus lebih pantas berbanding keluaran versinya terdahulu 2700X untuk ujian Cinebench R20 bebenang tunggal, 18 peratus lebih baik dalam ujian berbilang bebenang. Seperti ‘abang-abangnya’, cip pemproses AMD ini pula merupakan saingan kepada Intel Core i9 9700K.

Ryzen 5 3600 dan Ryzen 5 3600X

Melengkapkan barisan keluarga CPU terbaru keluaran AMD ini adalah Ryzen 5 3600, sebuah cip 6-teras/12-bebenang yang dijual pada harga $199. Turut diperkenalkan Ryzen 5 3600X dibezakan dengan kelajuan klok 200MHz lebih pantas dari 3600 dan TDP yang lebih tinggi pada 95W.
Kesemua CPU Ryzen terbaru ini dijangka menyokong PCIe 4.0, piawaian terbaru yang menawarkan kelajuan storan 42 peratus lebih pantas berbanding piawaian PCIe 3.0. CPU AMD Ryzen Generasi Ketiga ini disasarkan bakal menemui pengguna pada 7 Julai 2019.

Sumber: Harian Teknologi


4:34 pm   Posted by Khairul in with No comments
Read More

Saturday 6 April 2019


Bagi pengguna yang tidak biasa menggunakan komputer Windows tentunya akan merasa risau jikalau melakukan sesuatu yang boleh “merosakkan” sistem operasi komputer. Oleh yang demikian, penggunaan fungsi System Restore dapat membantu memperbetulkan kembali keadaan seperti sebelum perubahan dilakukan.
Fungsi ini sememangnya sudah disediakan oleh pihak Microsoft sejak Windows ME lagi dan ia masih lagi dikekalkan pada Windows 10. Cuma untuk Windows 10, tetapan fungsi ini dimatikan secara default dan pengguna perlu mengaktifkannya sendiri.
Bermula dari Windows Vista, System Restore mengambil ‘snapshot’ untuk keseluruhan isi kandungan yang dipantau olehnya. Bagaimanapun, pada Windows XP, ia hanya mengambil Windows Registry, fail-fail di dalam folder Windows File Protection (Dllcache), profail-profail pengguna Local, pangkalan data COM+ dan WMI, IIS metabase dan fail-fail tertentu yang perlu diubah pada %windir%\system32\restore\Filelist.xmlberdasarkan extensions pada pautan ini.
Untuk mengaktifkan fungsi System Restore pada komputer Windows 10, anda perlu terlebih dahulu memastikan Windows menentukan titik-titik pemulihan (restore points). Caranya adalah dengan;

·        Taipkan “create a restore point” pada kotak carian
·        Di dalam tetingkap “System Properties” klik pada tab “system protection” dan pilih pada pemacu yang anda ingin lakukan tetapan
·        Klik pada “configure”
·        Tandakan pada kotak “turn on system protection”
·        Tarikkan slider “max usage” untuk menjadikannya ke sekitar 5 GB
·        Klik “apply”

Anda kini mungkin dapat sedikit kelegaan kerana dapat kembalikan komputer Windows anda ke dalam keadaan sebelum perubahan-perubahan tertentu dilakukan.



Mengaktifkan semula ‘System Protection’ yang hilang atau dilumpuhkan (greyed out)


Jika pilihan Turn on System Protection telah dilumpuhkan (greyed out) atau tiada pada PC Windows anda, berkemungkinan besar fungsi System Restore telah dilumpuhkan oleh pentadbir sistem komputer di tempat anda.


Anda mungkin boleh menggunakan arahan Enable-ComputerRestore untuk mengaktifkan kembali fungsi ini. Apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menaipkan arahan berikut melalui aplikasi PowerShell:
PS C:\> Enable-ComputerRestore -Drive "C:\"

Ini seterusnya membolehkan komputer anda membuat System Restore dengan menggunakan pemacu pada C.

#HarianTeknologi






12:14 pm   Posted by Khairul in , , with No comments
Read More

Wednesday 8 February 2017



Selain dari pengujian terhadap rangkaian internet berwayar, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) turut melakukan pengujian terhadap kualiti rangkaian jalur lebar mudah alih di seluruh Malaysia.
Sama seperti pengujian pada rangkaian berwayar, program ini dijalankan bertujuan menguji tahap prestasi rangkaian telco tempatan disamping melihat sejauh mana penyedia perkhidmatan mampu memenuhi piawaian mandatori yang telah ditetapkan oleh SKMM.
Bagi perkhidmatan berasaskan selular, SKMM telah menetapkan kadar kelajuan minima yang perlu dicapai adalah pada 650kbps untuk sekurang-kurangnya 65 peratus pada satu-satu tempoh. Manakala perkhidmatan berasaskan WiMAX pula, kadar kelajuan minima yang perlu dicapai adalah juga pada 650kbps untuk tempoh sekurang-kurangnya 80 peratus. Perbezaan penetapan ini berikutan perkhidmatan WiMAX tidak seperti selular yang perlu membawa ‘beban suara’ untuk pelanggan-pelanggannya.
Turut diambil kira, kependaman rangkaian (network latency) tidak boleh lebih dari 250ms sekurang-kurangnya 70 peratus dalam satu-satu masa, bersama-sama kadar kehilangan paket kurang dari 3 peratus. Hasil dari pengujian yang dijalankan selama 11 bulan – Januari 2016 hingga November 2016 – adalah seperti berikut;


Secara keseluruhannya, di dalam laporan berkenaan mendapati Maxis telah mendahului kesemua telco dari segi kelajuan muat turun dan Digi menghampiri kedudukan Maxis dari segi kependaman purata. Celcom pula lebih baik peratusan kependamannya yang mencatatkan 94.08 peratus. Bagaimanapun, Maxis masih mengungguli dengan mencatatkan kadar kehilangan paket paling rendah di antara empat telco utama di Malaysia (Big 4 Telco Malaysia; Maxis, Celcom, Digi, Umobile).
Untuk dua lagi penyedia perkhidmatan, P1 dan YES yang berasaskan WiMAX di Malaysia bagaimanapun tidak mampu mencatatkan purata kelajuan muat turun yang lebih baik berbanding apa yang ditawarkan oleh penyedia-penyedia rangkaian selular.
Untuk lebih info berkenaan laporan dari SKMM ini, layari portal rasmi agensi disini
8:39 am   Posted by Khairul in
Read More

Thursday 28 July 2016



Terima Notebook Acer Aspire 4748G dari Sri Serdang kerana masalah No Display.

Acer Aspire 4748G

Processor: Intel Core i3-370M @ 2.70GHz
Memory: 2GB DDR3
HDD: 500GB
Graphic: ATI Mobility HD 5470

Setelah diperiksa, didapati screen mengalami kerosakan.



Change Part: Screen LED 14' 40pin Normal



8:49 am   Posted by Khairul in ,
Read More

Tuesday 19 July 2016


Terima Notebook Asus A42N dari En. Zulkifli dari Taman Pinggiran Putra kerana masalah No Display.

Processor: AMD Phenom (tm) II N830 Triple-Core Processor @ 2.10GHz
Memory: 2GB
HDD: Seagate 320GB
Graphic: ATI Mobility Redeon HD 4200 Series

** Change ATI Graphic Chipset


ATI Redeon HD 4200 Chipset





12:21 pm   Posted by Khairul in , ,
Read More

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search