Wednesday 23 May 2012


statistik terbaru mengenai prestasi jualan peranti mudah alih dipasaran Amerika mengikut jenama sepanjang 3 bulan pertama 2012 (Januari-Mac. Apple kekal menjadi jenama di tempat pertama, berjaya menjual 17.5 juta unit peranti perkomputeran mudah alih. 



Menurut pihak yang mengeluarkan statistik ini, peranti perkomputera mudah alih itu merujuk kepada gabungan jumlah jualan tablet dan jumlah jualan laptop. Jatuh di tempat kedua adalah HP, sungguh mengejutkan kerana HP tidak lagi menjual tablet sepanjang 3 bulan pertama tahun 2012 tapi kami berpendapat jumlah yang dipaparkan itu kebanyakannya jumlah jualan laptop sahaja. Acer jatuh ditempat ketiga dengan jualan peranti perkomputeran mudah alih sebanyak 6.9 juta unit, seterusnya diikuti oleh Lenovo (5.9 juta unit) dan Dell (5.6 juta unit) ditempat terakhir. Dalam statistik jumlah jualan netbook, HP menjadi jenama paling banyak menjual netbook (8.9 juta unit) dikuti oleh Acer (6.5 juta unit). Netbook masih lagi popular walaupun kelihatannya tablet lebih banyak mendapat sambutan sekarang ini terutama iPad dan tablet Android Samsung. Untuk maklumat lanjut, Anda baca lebih liputan lebih lengkap melalui link dibawah.

Sumber: iAwani



12:11 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search