Wednesday 5 September 2012


KAJIAN yang dijalankan syarikat antivirus, Kaspersky menunjukkan 60 peratus pengguna komputer di Amerika Syarikat, Russia dan beberapa negara Eropah masih menggunakan perisian anti virus percuma yang membahayakan perlindungan data mereka.

Ia menunjukkan pengguna kini lebih mudah terdedah dengan bahaya virus dan kecurian data termasuk maklumat peribadi dan kewangan sekiranya berdegil menggunakan penyelesaian percuma. 
Kajian terbabit dijalankan dengan kerjasama penyelidik, Harris Interactive pada Februari hingga Mac lalu yang menunjukkan Perancis menjadi negara paling banyak mempunyai pengguna memindah turun perisian percuma. 

Lebih 69 peratus pengguna komputernya menggunakan perisian percuma dengan alasan mahu menjimatkan wang.


Walaupun kajian menunjukkan kesedaran terhadap ancaman siber sudah meningkat secara mendadak, penggunaan perisian percuma yang dianggap tidak selamat itu masih menyedihkan.




10:20 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search