Wednesday 5 September 2012


Semakin banyak virus dicipta untuk menyerang Android, boleh dikatakan Android menjadi sistem operasi peranti mudah alih popular di dunia, maka oleh sebab itu kebanyakan virus untuk peranti mudah alih kini disasarkan untuk Android supaya mudah merebak di kalangan pengguna biasa, kebanyakan virus itu terdiri dari jenis malware yang melembapkan perjalan sistem bahkan menyamar sebagai aplikasi biasa untuk mudah dimuat turun. Banyak malware terbaru telah berjaya dikesan semenjak 4 tahun lalu, bilangannya pila semakin bertambah sepertimana terkandung dalamMcAfee Threats Report: Second Quarter 2012, laporan kajian perkembangan virus Android berformat PDF yang dikeluarkan oleh McAfee, syarikat pengeluar perisian anti virus terkenal. Usah pandang rendah pada virus Android. Jika Anda memiliki telefon pintar Android ataupun tablet Android atau kedua-duanya sekali, sila install aplikasi anti virus dari Google Play untuk perlindungan, kami di iAwani rekemenkan Avast Mobile Security (free), Norton AntiVirus & Security (free), Kaspersky Mobile Security (dijual pada $9.99 Dolar) juga AVG Antivirus Pro ($9.99 Dolar), penting untuk elak gajet Anda dari rosak atau menjadi lembap.



9:22 pm   Posted by Khairul in ,

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search