Sunday 24 June 2012


DI sebalik kemudahan yang diberikan produk telefon pintar, tablet atau kelengkapan mudah alih lain, isu utama yang sering dihadapi pemiliknya adalah jangka masa ketahanan kuasa bateri yang disifatkan terlalu pendek. 

Pemilik telefon pintar seperti iPhone pasti tidak senang duduk sekiranya perlu menunggu atau membuat panggilan penting ketika kuasa bateri hampir kehabisan.
Menyedari masalah yang dihadapi pemilik telefon pintar atau produk lain seumpamanya, syarikat aksesori sokongan pihak ketiga yang diiktiraf Apple, MiLi Power, menawarkan beberapa pek bateri mudah alih.

MiLi Power Prince 

Pek bateri mudah alih Mili Power Prince didatangkan dengan pakej lengkap yang mampu menampung simpanan kuasa bateri sehingga 5000 mAh. 

Aksesori bateri sokongan dengan reka bentuk anggun itu boleh digunakan bersama produk mudah alih seperti iPhone, iPad, iPod, MP3, telefon mudah alih, kamera digital dan komputer notebook. 

Lebih unik, MiLi Power Prince mampu mengecas dua peranti mudah alih pada satu-satu masa, sekali gus menjadikan ia produk yang perlu dimiliki pemilik kelengkapan mudah alih. 
Penunjuk cahaya LED pada bahagian atas bateri memudahkan pengguna mengetahui kadar tenaga sokongan yang masih tersimpan. 

Spesifikasi (MiLi Power Prince): 

Kapasiti: 5000mAh 
Input: 12V/2A 
Output: DC9-12V/2A(maksimum) DC5V/2.1A 
Tempoh cas: 3 jam 
Tempoh bercakap: Sehingga 42 jam  
Tempoh aplikasi audio: Sehingga 113 jam  
Dimensi: 122 x 65 x 15 milimeter


MiLi Power Shine 

Khususnya kepada pemilik produk tablet iPad, MiLi Power Shine dibangunkan khusus bagi memberikan kuasa bateri tambahan pada kapasiti simpanan 4000 mAh. 

Ia juga boleh digunakan bersama peranti mudah alih lain seperti iPhone, Android, Windows atau peranti dengan sambungan micro USB di pasaran. 

Ciri utama produk ini ialah dua sambungan output USB yang boleh digunakan untuk mengecas dua produk serentak. 

Spesifikasi (MiLi Power Shine): 

Bateri: litium-polimer 
Kapasiti: 4000mAh 
Micro USB input:5V/1A 
Output: 5V/2.1A(Maksimum) 
Dimensi: 114 x 58 x 16.5mm




11:40 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search