Sunday 24 June 2012


Era tablet Android kos rendah kini bermula di Malaysia dengan kemasukan Samsung Galaxy Tab 2 7.0 yang kini cuma ditawarkan pada harga RM1299 sahaja, pasti sambutan terhadapnya amat menggalakkan. Kebanyakan pengguna tidak kisah storan dalamannya 8GB yang cuma kecil kerana masih boleh membeli storan luaran seperti pen drive atau external hard drive untuk menyimpan data lebih banyak. Apa yang mereka mahukan adalah sebuah tablet berjenama hebat yang murah dan bagus. Well, Samsung Galaxy Tab 2 7.0 memenuhi kriteria itu, sebuah kriteria yang gagal dipenuhi oleh 1Malaysia Pad kerana puluhan ribu peminat tablet di Malaysia sangsi dari mana 1Malaysia Pad berasal (ada yang kata ia adalah tablet dijenamakan semula dari tablet buatan China). Kami tidak heran jika sambutan terhadap Samsung Galaxy Tab 2 7.0 akan menjadi sehangat sambutan terhadap iPad Baharu saat mula dijual di Malaysia penghujung Mac 2012 lalu. Kami tidak heran jika Samsung bakal merajai pasaran tablet Android Malaysia.

Tablet berkos rendah merupakan strategi Samsung untuk memahat jenama mereka di hati puluhan ribu pengguna tablet, dari pengamatan kami Samsung mahu pengguna tablet di Malaysia menyarankan nama tablet mereka melalui cakapan dari mulut-mulut juga melalui perkongsian melalui laman sosial dengan mula bercakap soal harga tablet itu. Harga adalah aspek utama paling dititikberatkan saat seseorang membeli gajet elektronik, maka itulah sebabnya Samsung berani bertaruh menjual sebuah tablet berharga rendah kerana mereka boleh mendapat pulangan bukan sekadar dalam bentuk keutungan – penguasaan pasaran tablet Android di Malaysia. Sekarang ini pun jika Anda lihat hanya ada dua jenama tablet banyak digunakan oleh pengguna tablet di Malaysia iaitu Samsung Galaxy Tab dan Apple iPad walaupun tetap terdapat tablet dari jenama pengeluar lain. Kami menantikan kemunculan versi baru Kindle Fire dan kemunculan sulung tablet Google Nexus 7 dikatakakan akan dijual sekitar RM600 sahaja.

Sumber: iwani




11:28 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search