Sunday 24 June 2012


Dalam diam, Acer telah memperkenalkan Acer Aspire V3 sebuah komputer riba multimedia dipasang dengan ciri gaming. Harga Acer Aspire V3 di Malaysia adalah sekitar RM2,899 (model 15.6 inci) dan (RM1999 untuk model 14 inci) bergantung pada lokasi dan tawaran lain dari penjual.

Walaupun Acer tidak memanggil Aspire V3 sebagai laptop untuk permainan komputer (gaming laptop) namun dari pengamatan kami ciri-ciri komponen Aspire V3 dibina setaraf sebuah gaming laptop, bahkan hampir menyamai ciri pada Razer Blade iaitu laptop khas untuk aktiviti permainan komputer (computer gaming) dikeluarkan oleh Razer.

Pada pandang pertama laptop Aspire V3 menyamai kekacakan rupa paras Aspire Timeline X terutama pada bahagian palm-rest berdekatan mouse trackpad sepertimana dalam gambar di atas, bezanya Aspire V3 agak tebal berbanding Aspire Timeline X. Laptop gaming ini memiliki pemacu optikal DVD, dua palam USB2.0, satu palam USB3.0, palam HDMI, Bluetooth 4.0, dan menggunakan sistem penyejukan pelbagai arah (multiple cooling vent).
Cip pemproses yang dipasang pada Aspire V3 adalah Intel Core i5-2450M berkepantasan 2.5GHz dibina dari kejuruteraan Ivy Bridge, dilengkapkan dengan RAM 4GB, ruang cakera keras 500GB, pemacu grafik Nvidia GeForce GT630M disertakan memori grafk 2GB, skrinnya pula bersaiz 14 inci dan 15.6 inci dengan resolusi maksima 1366 x 768 piksel sepertimana disukai oleh kebanyakan gamers di luar sana. Ia juga memiliki Acer Crystal Eye HD webcam untuk video chat, pembaca pelbagai kad memori (merangkumi SD MMC, MS PRO, xD), juga ada palam untuk memuatkan kabel internet biasa menggunakan RJ45.

Seperti biasa, sistem audio pada laptop Acer kebanyakannya di kuasakan oleh Dolby Digital, begitu juga pada Aspire V3 ini bahkan aplikasi Dolby Intelligent Equalizer untuk sistem kawalan bunyi turut dimasukkan padanya, aplikasi serupa turut ada di masukkan pada Aspire Timeline X juga.

Baterinya bagaimanapun tidak bertahan lama sepertimana Aspire Timline X mahupun ultrabook Aspire S5 kerana bateri yang digunakan pada Aspire V3 hanya bertahan hingga 3 jam hingga 4.5 jam sahaja sepertimana laptop permainan komputer/laptop multimedia (gaming laptop) dari jenama lain. Namun, bagi sebuah gaming laptop, jangka hayata bateri yang pendek adalah kebiasaan kerana komponen berprestasi tinggi padanya cepat mengeringkan kuasa bateri, lainlah jika laptop berprestasi sederhana memang boleh bertahan 5-7 jam dengan sekali cas sahaja.

Jika dibanding dengan ultrabook, sebuah ultrabook biasanya banyak digunaakn untuk aktiviti melayari internet dan menaip maka baterinya boleh bertahan hingga 8 jam sekali cas, berbeza dengan sebuah gaming laptop kerana ia banyak digunakan untuk permainan komputer. Pemacu grafik, cip pemproses, kipas penyejuk dan skrin terang beresolusi tinggi menjadi punya bateri habis dengan cepat pada sebuah gaming laptop.




11:12 am   Posted by Khairul in , ,

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search