Wednesday 16 May 2012


Apa gunanya Thunderbolt? Ia adalah penemuan teknologi dipelopori Intel membolehkan pemindahan data dengan pantas (high-speed data transfer)dan pengimejan digital yang cukup terang (high-resolution displays). Oleh kerana Thunderbolt boleh memindah data digital dengan cepat mengandungi apa jua format ia kini digunakan untuk memindah (cut), menyalin (copy) data dari komputer ke peranti lain, dari peranti lain ke komputer juga untuk mendapatkan paparan digital amat tajam pada skrin. Teknologi Thunderbolt dicipta oleh Intel tapi banyak digunakan oleh Apple untuk produk-produknya seperti MacBook Air, MacBook Pro, iMac, and Mac mini. Thunderbolt tidak dipasang pada komputer Windows sebab tidak ada cip yang serasi dengan Thunderbolt dan jika ada, kosnya amat tinggi, kesannya, harga peranti Windows memuatkan Thunderbolt pasti tinggi.



MSI, pembuat barangan komputer dari Taiwan kini telah mengeluarkan motherboard terbaru mereka dinamakan MSI Z77A-GD80 dipasang dengan palam Thunderbolt. Banyak kekurangan terlihat. Acer pula telah mengeluarkan ultrabook terbaru dinamakan Acer Aspire S5 yang memiliki palam Thunderbolt sepertimana MacBook, namun ultrabook ini masih belum dilancarkan lagi. Walaupun kedua-duanya masih belum dikomersilkan sepenuhnya untuk dibeli oleh pengguna komputer di seluruh dunia, usaha membawa teknologi Thunderbolt ke komputer Windows (laptop, ultrabook, desktop pc) makin menampakkan hasil. Jika Anda mahu tahu banyak tentang Thunderbolt, baca informasi mengenainya di Intel atau di laman web Apple.




7:24 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search