Wednesday 16 May 2012


Nvidia baru saja melancarkan GeForce GTX 680 sekitar awal April 2012 kini Nvidia memperkenalkan pula kad grafik terbaru dilabel sebagai Nvidia GeForce GTX 670, boleh dikatakan ini merupakan ‘adik’ kepada Nvidia GeForce GTX 680 jika dilihat pada nama kod produk. Kemunculannya adalah sebagai pelengkap kepada pengenalan cip terbaru prestasi tinggi Intel Core i7 generasi ketiga yang dihasilkan dari kejuruteraan Ivy Bridge, diperkenalkan pada hujung April 2012. Kad grafik terbaru ini memiliki tiga kipas penyejuk, 3.54 billion transistor, menggunakan kuasa elektrik sebanyak 500 watt dengan jangkaan suhu saat beroperasi hingga 98 darjah celcius, anda perlu lengkapkan kotak CPU dengan sistem penyejukan terbaik ‘money can buy’ jika mahu memastikan kad grafik ini bertahan lama untuk tahun-tahun akan datang. GeForce GTX 670 memiliki memori grafik sebanyak 2048MB dilengkapi 4 cluster. Soal harga, berkemungkinan harganya adalah sekitar RM1499-1599 tidak lari jauh dibandingkan dengan harga Nvidia GeForce GTX 670 dalam artikel kami sebelum ini. 




6:52 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search