Wednesday 16 May 2012


Avira Antivir adalah merupakan perisian Antivirus percuma yang terbaik. Saya sendiri menggunakan Antivirus ini bagi memberi perlindungan asas kepada komputer. Namun, satu perkara yang agak menjengkelkan ialah iklan popup Antivir Premium Edition yang muncul setiap hari. Mujurlah gHacks ada cara penyelesaiannya untuk membuang iklan ini, serta cara – cara untuk menyembunyikan paparan scan dan update.

Sekiranya anda seorang yang leceh dan berkira seperti saya (T_T”), mari ikuti langkah – langkah di bawah:


Menyembunyikan Scan dan Update dalam Antivir:

1. Buka Avira Antivir dan pergi kepada tab Scheduler. Perhatikan bahawa terdapat dua tugas di situ, iaitu Complete System Scan dan Daily Update.


2. Untuk menyembunyikan Scan, right-click pada Complete System Scan dan pilih Edit job. Teruskan klik pada butang Next sehingga anda berjumpa dengan Display mode. Di sini, tetapkan ia kepada Invisible. Klik butang Finish.


3. Untuk menyembunyikan Update pula, ulang langkah 2 pada Daily Update.


Menyembunyikan iklan dalam Antivir:

1. Buka folder Antivir PersonalEdition Classic yang terletak dalam Program Files. Right-click pada fail avnotify.exe dan pilih Properties.

2. Pergi kepada tab Security dan pilih akaun anda. Tandakan Deny pada kotak Read & Execute.




* Jika anda tak jumpa tab Security, buka Folder Option dan pergi ke tab View. Uncheck (buang tanda) pada kotak Use simple file sharing (Recommended) tan klik butang OK. 








6:19 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search