Thursday 17 May 2012


Bagi menunjukkan komitmen untuk terus memberi penyelesaian terbaik kepada pelanggan terutama berkaitan keselamatan­ teknologi, Kaspersky Lab, memperkenalkan pusat ilmu 

Pengarah Korporat Jualannya, Gun Suk Ling berkata, pembukaan pusat ini sebagai mercu komitmen syarikat bagi menunjukkan kesungguhan membangunkan perniagaan di rantau ini.

“Pusat ini bukan sahaja menjadi rujukan­ pelanggan dalam negara, tetapi merentasi Thailand, dan Singapura di samping terus menyokong rakan kongsi dan pelanggan,” katanya pada sidang media sempena pembukaan rasmi pusat itu dan pengenalan keselamatan alam maya terbaru Kaspersky (KSV).

Mengulas berkenaan keselamatan baru itu, Suk Ling berkata, ia dicipta untuk melindungi infrastruktur teknologi maklumat (IT) daripada ancaman virus dan jenayah siber.

“Keselamatan alam maya penting dalam pembangunan perniagaan kerana mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti,” katanya.

Katanya, bagi kawasan Asia Pasifik, Malaysia negara yang mengalami pertumbuhan menggalakkan dalam bidang ini, justeru keselamatan baru akan terus memacu pasaran lebih besar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian




8:25 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search