Tuesday 22 May 2012


ISLAMABAD 21 Mei - Kerajaan Pakistan membuka kembali penggunaan laman sosial Twitter semalam, selepas menyekatnya selama beberapa jam berikutan penyiaran satu imej karikatur yang menghina Nabi Muhammad.

Jurucakap Penguatkuasa Telekomunikasi Pakistan (PTA), Mohammad Younis Khan berkata, keputusan membuka kembali laluan itu dibuat berdasarkan arahan Kementerian Teknologi Maklumat.

Kementerian tersebut, semalam mengarahkan laman mikro itu disekat selepas ia menolak untuk menggugurkan satu imej mengenai peraduan yang turut disertai laman sosial Facebook.

Ketika bercakap sebelum sekatan tersebut ditarik balik semalam, Khan berkata, terdapat unsur-unsur menghina dalam laman mikro tersebut dan penganjur pertandingan itu cuba mengguris perasaan umat Islam melalui karikatur berkenaan.

"Twitter dan Facebook terlibat menyiarkan imej tersebut dan kami sudah berunding dengan mereka. Facebook, bagaimanapun bersetuju menggugurkannya, namun Twitter tidak memberi sebarang reaksi," katanya.

Facebook, semalam mengesahkan pihaknya menyekat kandungan tersebut dalam laman sosialnya di negara ini selepas PTA meminta ia berbuat demikian.

Menurutnya, sebagai menghormati undang-undang, tradisi dan budaya tempatan, pihaknya perlu melakukan sekatan ke atas beberapa perkara seperti yang dilakukan terhadap laman mikro itu.

Sekatan tersebut mengundang kemarahan ramai dan pengguna Internet Pakistan cuba mencari jalan keluar dengan menggunakan Twitter.

Pengarah Pemantau Hak Asasi Manusia Pakistan, Ali Dayan Hasan menyifatkan sekatan itu tidak bijak, tidak produktif dan sia-sia seperti yang sudah terbukti melalui cubaan sekatan mana-mana laman sosial sebelum ini. - AFP




10:43 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search