Monday 21 May 2012


Lenovo muncul sebagai penjual komputer peribadi paling laris di India mengalahkan Dell dan Hp. Lenovo adalah syarikat komputer yang berpangkalan di China dan telah memberi hak ke atas model-model komputer business class keluarkan IBM kemudian menjenamakannya semula di bawah trademark Lenovo. Kejayaan Lenovo menjadi jenama komputer peribadi di India disebabkan oleh tindakan kerajaan Tamil Nadu membeli banyak barang komputer Lenovo untuk dibekalkan secara percuma kepada kebanyakan sekolah untuk kegunaan pendidikan kanak-kanak. Pembekalan komputer percuma itu sebenarnya adalah janji kerajaan ketika pilihan raya Tamil Nadu. Jika di Malaysia, Acer dan Dell menjadi jenama komputer pilihan. Dell merupakan jenama komputer yang banyak dibekalkan kepada kakitangan kerajaan khususnya pegawai bertaraf professional.



1:47 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search