Sunday 20 May 2012


Mark Zuckerberg telah mengahwini teman wanitanya, Priscilla Chan, gambar perkahwinan itu telah mendapat LIKE dari 289,023 orang pengguna Facebook. Sebuah majlis perkahwinan kecil telah di adakan di bahagian belakang rumah kediaman mereka di Palo Alto, California, terhad kepada pengunjung yang amat sedikit dalam lingkungan 100 orang sahaja. Walaupun Mark Zuckerberg berstatus billionaire menyaingi Donald Trump, ternyata dia masih mahu hidup bersederhana. 

Gambar majlis perkahwinan Mark Zuckerberg dengan isterinya Priscilla Chan kini terpampang di Timeline akaun Facebook rasmi milik Mark diterbitkan pada 19 Mei 2012. Majlis perkahwinan itu adalah kejutan peribadi buat Priscilla Chan sempena kejayaannya mengakhiri pengajian peringkat ijazah dalam bidang pediatric medicine.

Rakan-rakan rapat kedua mereka pada mulanya menjangka majlis sederhana di rumah Mark itu sebagai majlis untuk meraikan graduasi Priscilla, rupanya bukan. Ucapan tahniah buat Mark dan Priscilla dari kami di iAwani. Kedua mereka bertemu di Harvard dan telah menjalin perhubungan selama 9 tahun. Minggu ini merupakan minggu gembira buat Mark. Facebook menjadi sebuah syarikat milikan awam melalui penjualan saham, Mark menyambut kelahirannya yang ke 28 kemudian mengahwini gadis yang selama ini menjadi teman wanitanya.




10:20 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search