Sunday 22 April 2012





Anda boleh menyimpan Windows ke dalam thumbdrive supaya mudah untuk memasangnya tatkala diperlukan. Tambah pula, pemacu USB flash ini terbukti lebih pantas, lasak, dan praktikal berbanding DVD. Lebih menarik lagi apabila proses membinanya semakin mudah, dengan bantuan perisian-perisian yang boleh dimiliki secara percuma.
Ramai sedia maklum bahawa, pemacu USB flash atau thumbdrive adalah storan yang serba guna. Selain menyimpan data, juga sesuai dijadikan media boleh “boot” yang berisi pemasang Windows. Ini bermakna, anda boleh membuat salinan atau pendua daripada pemasang asalnya yang diedarkan dalam bentuk DVD. Tambah pula media popular ini terbukti lebih pantas, lasak, dan praktikal berbanding DVD. Salinan ini sesuai bagi melengkapi notebook yang tiada pemacu optikal. Lebih menarik lagi, apabila proses menyalin Windows ke dalam thumbdrive kini semakin mudah.
Ini boleh dibuktikan jika anda mencuba perisian Windows 7 USB / DVD Download Tool 1.0 atau WinToBootic 1.2. Menerusi satu daripada dua perisian percuma ini anda boleh membina storan USB yang berisi pemasang Windows 7 atau Windows 8 versi Consumer Preview yang baru dilepaskan.
Sebelum membinanya, anda perlu menyediakan fail Windows yang berformat ISO. Sementara thumbdrive bermuatan 4GB sudah cukup sebagai storannya. Pastikan juga system anda telah dilengkapi program Microsoft .Net Framework 2.0 supaya kedua-dua perisian ini boleh berfungsi. Berikut adalah keterangan ringkas mengenai fungsinya dan panduan menggunakannya secara langkah demi langkah.
Cara penggunaan

1. Tanpa bertangguh lagi muat turun (download) fail perisian Windows 7 USB / DVD Download Tool 1.0 (2.6GB ) di http:// windows.microsoft.com/en-US/windows-8/iso. Sementara perisian WinToBootic 1.2 (470 KB) ada di http://www.wintobootic. com/. Atau anda boleh menemuinya di tapak web pembekal perisian seperti Softpedia (www.softpedia.com).

Keduaduanya menyokong sistem operasi (OS) Windows Vista dan 7. Selepas dimuat turun, tempatkan failnya dalam sebuah folder untuk dipasang dalam sistem anda sebentar lagi (Rajah 1). Nota: jika anda memiliki DVD pemasang Windows 7 anda boleh menukarnya menjadi fail berformat ISO. Atau anda boleh mencuba fail ISO untuk Windows 8 Consumer Preview seperti yang diterangkan dalam panduan ini.

2. Kemudian, klik pada fail Windows 7 USB / DVD Download Tool 1.0 tadi untuk memulakan proses pemasangannya (install). Semasa dipasang (Rajah 2), anda hanya perlu mengikuti arahan yang diberikan hingga prosesnya selesai dan berjaya. Malah, tempoh yang diambil untuk memasangnya tidak sampai 30 saat. Apabila selesai, anda perlu mengklik pada ikon atau pautan (link) yang disediakan. Klik pada pautan berkenaan untuk mengaktifkan perisian ini sekali gus memaparkan tetingkap utamanya yang amat ringkas dan mudah difahami.

3. Perhatikan, tetingkap utamanya kelihatan bersih dan ringkas. Menerusi perisian ini, sebuah pemacu USB (thumbdrive) yang berisi fail Windows boleh dihasilkan melalui empat langkah mudah: dari Step 1 hingga Step 4. Jika anda sudah sedia, mulakan dengan mengklik Browse (Rajah 3). Apabila tetingkapnya yang berlabel Open muncul, sila jejaki fail ISO yang telah disediakan tadi. Kemudian, pilih fail tersebut dan klik butang Open untuk memuatkannya (Rajah 4). Butiran fail berkenaan akan terpapar pada ruangan yang berlabel Source File.
12:16 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search