Sunday 22 April 2012


Microsoft Word 2010 didatangkan dengan fungsi semakan ejaan serta nahu. Fungsi ini berguna jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Inggeris, namun boleh jadi menjengkelkan jika anda menaip dokumen dalam Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga fungsi AutoCorrect yang akan membetulkan ejaan secara automatik, contohnya perkataan ‘komputer’ akan ditukar kepada ‘computer’ walaupun ianya disengajakan.

Ikuti langkah mudah di bawah untuk mematikan fungsi-fungsi ini pada dokumen anda. 

Mematikan fungsi semakan pada Word 2010



Pergi ke menu File > Options, dan tetingkap Word Options akan terpapar. Pilih bahagian Proofing.

Jika anda ingin fungsi semakan dimatikan buat dokumen tersebut sahaja, tandakan pada kotak “Hide spelling errors in this document only” serta “Hide grammar errors in this document only”



Sebaliknya jika anda ingin mematikan fungsi ejaan pada semua dokumen, buang semua tanda yang berada pada bahagian “When correcting spelling and grammar in Word”


Mematikan fungsi pembetulan ejaan pada Word 2010

Pada tetingkap Word Options tadi, tekan butang “AutoCorrect Options”. Pada tab AutoCorrect, buang tanda pada kotak “Automatically use suggestions from the spell checker”.



Selamat mencuba.. 





1:16 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search