Sunday 22 April 2012


Pemasangan Windows 8 Consumer Preview jadi lebih mudah dan berjalan lancer jika anda membuat persediaan awal. Malah, boleh mengelak insiden yang tidak diingini seperti hilang data. Antara persediaannya, termasuklah menyimpan “partition” sistem Windows 7 yang sedang digunakan. Jadi, anda boleh memasang Windows 8 pada “partition” tersebut. Jika anda tidak menyukai Windows 8 setelah mencubanya, anda boleh membuangnya pada bila-bila masa. Selepas itu, system Windows 7 yang sudah disimpan boleh dikembalikan ke “partition” asalnya. 

Buat persediaan awal
Di bawah ini adalah persediaan awal yang disyorkan, sebelum anda memasang Windows 8 untuk mencubanya.

1. Keperluan Windows 8
Mula-mula, pastikan computer (PC/laptop) yang sedang digunakan ada sambungan Internet. Kemudian, pergi ke http://windows.microsoft.com/en-US/ windows-8/iso untuk mengenal pasti keperluan minimum yang menyokong Windows 8. Ini termasuklah pemproses (CPU) 1GHz atau lebih pantas; memori (RAM) 1GB (untuk 32-bit) atau 2GB (untuk 64-bit); ruang pemacu keras (HDD) 16GB (untuk 32-bit) atau 20GB (untuk 64-bit); dan cip grafik yang menyokong Microsoft DirectX 9 atau lebih tinggi. Sebaik-baiknya, gunakan spesifikasi yang lebih tinggi.

2. Siasat sistem sedia ada
Periksa spesifikasi sistem yang sedang digunakan dengan merujuk dokumennya. Atau, menerusi perisian seperti Speccy 1.1 dan pastikan telah memenuhi keperluan minimum. Selepas itu, pastikan ada berapa “partition” dalam pemacu keras. Kalau hanya satu, anda boleh mencipta “partition” kedua melalui utiliti Disk Management (dalam Windows 7). Jadi, “partition” kedua boleh menempatkan Windows 8 atau imej “partition” Windows 7 sedia ada.Pastikan juga ada atau tidak salinan “driver” peranti dan Windows 7 (berupa DVD, thumbdrive, atau fail imej).

3. Muat turun sumbernya
Muat turun (download) aplikasi pemasangnya yang digelar Windows 8 Consumer Preview Setup. Fail ini ada di http://windows.microsoft.com/ en-US/windows-8/download. Selepas itu, dapatkan fail ISO (versi 32-bit dan 64-bit yang berbeza saiznya) di http://windows.microsoft.com/en-US/ windows-8/iso. Kemudian, dapatkan kekunci produk (Product Key) yang diperlukan untuk pemasangan Windows 8 Consumer Preview itu nanti. Sementara kod “Sha 1 hash” juga tersedia untuk memastikan integriti fail ISO yang diperoleh adalah tepat dan tidak rosak.

4. Cipta simpanan system
Jika sumber bagi pemasangan sudah diperolehi, buat simpanan (backup) sistem anda. Antaranya menyimpan fail imej “partition” Windows 7 ke lokasi lain. Ini perlu jika anda tiada salinan Windows 7 (dalam bentuk DVD atau thumbdrive) atau pemacu keras anda hanya ada satu “partition”. Gunakan perisian seperti EaseUS Todo Backup 4.0 atau yang seumpamanya bagi menyimpan imej “partition”. Hasilkan juga media (CD atau thumbdrive) boleh “boot” untuk mengembalikan fail imej “partition”. Data penting juga harus disimpan sebagai langkah waspada.





11:55 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search