Thursday 6 December 2012





Ridge Racer: Unbounded merupakan permainan yang mempunyai banyak paparan dan merupakan satu tajuk perlumbaan yang dibina di sekitar perlanggaran ganas dan kemusnahan persekitaran. Permainan ini dihasilkan oleh Bugbear Entertainment, yang ditugaskan dengan menggunakan teknologi baru dalam siri Ridge Racer.





Legasi

Permainan mengambil tempat di pantai timur Amerika Syarikat, Shatter Bay, di mana pelumba haram bersaing untuk menguasai jalanjalan. The City, yang diilhamkan oleh New York dan Chicago, direka untuk keganasan maksimum dan dibina untuk kemusnahan yang dinamik. Satu demi satu kemusnahan fizikal dan bukan berasaskan skrip yang telah ditulis
akan berlaku. Pengalaman memandu dalam permainan ini datangnya daripada permainan legasi Ridge Racer tetapi hanya beberapa kereta klasik sahaja dari permainan asal dimuatkan dalam siri Unbounded. Dalam mod Race Crash, anda meningkatkan kuasa kemusnahan dengan Drifting, mengejar pelumba lain dan meloncat sehingga terhempas. Melalui kuasa ini, anda akan melihat penanda diletakkan ke atas bangunan dan halangan-halangan tertentu, menunjukkan sasaran yang perlu anda rosakkan. Meskipun Ridge Racer: Unbounded mempunyai persekitaran yang bebas tetapi ia tidak bebas daripada segi kemusnahan, dengan tempat-tempat tertentu yang direka khusus untuk mengalami kerosakan dinamik..






Sasaran

Sasaran pertama memperlihatkan anda perlu memandu melalui pintu depan sebuah bank, merempuh satu set tingkap di belakang, kemudian anda keluar dengan melambung tinggi, mendahului pihak lawan anda dan membuka jalan pintas untuk kegunaan masa depan. Kemudian dalam perlumbaan, sasaran membolehkan anda memandu melalui sokongan jambatan, menjadikan jambatan runtuh ke atas pelumba di belakang anda. Untuk menguasai litar, anda perlu mencari dan mengaktifkan semua sasaran yang disediakan. Kemusnahan sasaran tidak sehebat seperti dalam Split / Second, tetapi kelihatan lebih asli dan dapat dihasilkan dengan cepat. Selain perobohan besar-besaran, Ridge Racer: Unbounded juga
menawarkan banyak benda kecil untuk hancurkan. Sebarang benda yang lebih kecil dan lebih ringan daripada kereta anda adalah permainan yang saksama untuk dihancurkan dengan kerosakan kosmetik hanya pada luaran dan tidak memberi kesan kepada pemanduan anda.





2:51 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search