Sunday 26 August 2012


Penganalisa virus komputer di Kaspersky Lab berjaya mengesan Gauss, sejenis virus komputer baharu yang mengintai data-data kewangan peribadi milik tuan punya komputer, memantau aktiviti media sosial dan mengintip kandungan email peribadi kepunyaan pemilik komputer yang dijangkiti olehnya. Kekuatan Gauss dikatakan lebih kurang sama dengan Stuxnet, virus komputer ciptaan tentera Amerika yang digunakan untuk melumpukan sistem komputer Iraq di Natanz ketika Perang Teluk, menurut kata-kata penganalisa virus di Kaspersky, setakat ini Gauss sudah berjaya menyusup masuk ke banyak komputer wilik warga Palestin, Lebanon, Israel. Selain bijak mengintip, virus ini juga mampu mencuri password dan pintar menyusup ke dalam akaun media sosial untuk mencuri maklumat profil peribadi si pemilik. Cara sebaran Gauss adalah melalui flash drive serta talian internet. Jika Anda selalu melayari internet melalui laptop atau desktop pc, sila update selalu software anti virus di dalam komputer Anda untuk mengelak serangan.



1:01 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search