Sunday 26 August 2012


Acer akan mengeluarkan telefon pintar terbaru mereka dipanggil sebagai Acer Liquid Gallant Solo, berfungsi menggunakan sistem operasi Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin bersaiz 4.3 inci menggunakan paparan berciri qHD LCD dilengkapi resolusi maksima 960×540 piksel, cip pemproses berjenama MediaTek MT6575 berkepantasan 1Ghz, RAM 1GB, kamera belakang dilengkapi lensa 5MP, memori dalaman 4GB, slot untuk memasukkan kad memori MicroSD, bateri berkuasa 1500 miliamph. 

Setakat ini masih tidak ada harga rasmi mengenainya, namun maklumat mengenai Acer Liquid Gallant Solo sudah ada muncul di laman web Acer di ruang download, di persembahkan dalam bentuk user guide, menandakan yang telefon pintar ini akan dilepaskan ke pasaran tidak lama lagi, sebenarnya ganjil juga sebab biasanya telefon pintar itu kena dilancarkan dahulu kemudian baru diberikan sekali user guide secara online. 

Masih tidak ada maklumat mengenai naik taraf sistemnya ke Android 4.1 Jelly Bean, namun setelah meneliti specs telefon pintar ini, ia sedia menerima update naik taraf jika ada.



12:54 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search