Tuesday 22 May 2012


Google Glass merupakan kaca mata canggih memuatkan dua teknologi utama di dalamnya – akses pantas ke informasi terkini melalui capaian internet dan perkongsian maklumat ke media sosial pada masa nyata. Semua ini dipaparkan di interface kaca mata itu. Matlamat utama Google akan untuk memudahkan informasi menjadi sesuatu yang mudah diakses kemudian memudahkan sesiapa sahaja berkongsi informasi itu dengan orang lain.

Melalui Google Glass, penggunanya boleh mendapat akses pantas ke ramalan cuaca terkini, suhu persekitaran, pencarian arah dan lokasi melalui Google Maps, carian informasi lanjut melalui Google Search, bacaan berita terkini melalui Google News, kesemuanya dipaparkan di layar permukaan augmentasi cermin tembus pandang diletak di hadapan mata pengguna seperti cermin kaca mata. Google Glass direka sebagai gajet canggih yang memberi respon kepada arahan pemiliknya sama ada dalam bentuk arahan suara juga arahan kinetik melalui pergerakan tangan.

Buat masa ini, Google Glass masih di peringkat prototaip dan masih diperbaiki dari semasa ke semasa. Anda boleh ikuti perkembangannya di laman rasmi projek ini. Sebastian Thrun menjadi pekerja Google pertama tampil di khalayak umum dengan memakai Google Glass, gambarnya saat memakai Google Glass diambil ketika menghadiri rancangan temubual popular di Amerika, The Charlie Rose Show. Namun, Sergey Brin yang merupakan pengasas Google, merupakan orang pertama memakai Google Glass di khalayak ramai ketika menghadiri satu sesi perjumpaan di Palace Hotel di San Francisco, bahkan Robert Scoble turut menjadi saksi ‘kejadian’ itu.

Sumber: iAwani




12:26 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search