Saturday 15 March 2014





Microsoft Corp. telah mengumumkan ketersediaan global bagi Windows 8.1, kemas kini dengan beraneka ciri untuk sistem operasi Windows 8 yang popular, membolehkan pelanggan mencipta pengalaman yang sejajar dengan kehidupan mereka – di tempat kerja, di kediaman atau semasa dalam perjalanan.

Mulai 17 Oktober, pengguna dengan peranti Windows 8 di lebih 230 pasaran dan 37 bahasa boleh memuat turun kemas kini percuma ini melalui Windows Store dalam talian. Windows 8.1 juga boleh didapati pada peranti baharu dan sebagai perisian dalam kotak mulai 18 Oktober di lokasi kedai seluruh dunia.

Windows 8.1 mengubah wawasan Windows bagi pengkomputeran yang sangat tersuai khusus sambil menunjukkan komitmen berterusan Microsoft bagi pembangunan pantas dan responsif. Ia menandakan gelombang kedatangan peranti baharu dan inovatif yang bakal melanda pengguna dan perniagaan – daripada kemudahan dan kemudahalihan tablet serta peranti dua dalam satu hinggalah pengalaman produktif yang dijangkakan daripada komputer riba, peranti semua dalam satu dan peranti terkhusus industri. Kebanyakan peranti baharu ini dibolehkan dengan sentuhan dan bakal memberikan kemajuan dalam kuasa pemprosesan, hayat bateri dan rekaan, pada pelbagai harga berbeza.






Windows 8.1 menawarkan pelbagai perbaikan penyuaian khusus yang dipertingkat serta penambahbaikan fungsi, termasuklah ciri-ciri berikut:

  • Sesuai mengikut peribadi. Skrin Start yang lebih baik dan lebih mudah disuai khusus menawarkan pelbagai saiz jubin, lebih banyak rekaan latar dan warna agar setiap peranti Windows kelihatan unik dan mencerminkan peribadi individu pengguna. Tambahan lagi, pelanggan boleh memilih bagaimana mahu memulakan pengalaman Windows mereka – pada skrin Start atau terus pada paparan komputer Windows yang sudah dikenali – sementara semua peranti Windows mereka kekal segerak dengan akaun Microsoft mereka.

  • Lebih selesa dan mudah dikemudi. Sebagai bahagian yang ikonik dalam pengalaman Windows, Windows 8.1 mengembalikan butang Start sebagai titik permulaan pengemudian yang sudah biasa digunakan. Pandangan app yang dikemas kini membantu pengguna melihat semua app mereka serentak untuk akses mudah serta klik dan isyarat baharu, serta app Help + Tips yang membantu mereka memahirkan diri dengan lebih cepat.

  • Pencarian dipertingkat. 
  • Bing Smart Search baharu menyediakan cara paling mudah untuk mencari apa yang diperlukan oleh pengguna pada peranti atau di internet dalam satu paparan digabung yang mudah dan cantik yang dibina untuk sentuhan. Hanya layarkan atau taip daripada skrin Start, dan Smart Search akan mencarinya – sama ada ia dokumen pada komputer peribadi, album foto di SkyDrive, app kegemaran, lagu daripada Xbox Music atau pun laman web.

  • Pelbagai pilihan app dan perkhidmatan daripada Start. 
  • Windows 8.1 ialah pengalaman luar kotak yang paling lengkap. Ia menawarkan pelbagai app dan perkhidmatan daripada skrin Start, membolehkan pelanggan melakukan tugasan yang mereka gemari dengan pantas dan mudah pada Windows, seperti berhubung dengan rakan serta ahli keluarga melalui Skype, menghantar e-mel dengan lancar dengan app Mail, menonton filem dan rancangan televisyen di Xbox video, mencari resipi baharu dengan app Bing Food & Drink, atau mendengar muzik yang dipancarkan dengan percuma melalui Xbox Music. Windows 8.1 juga didatangkan dengan Internet Explorer 11 baharu, yang pantas, lancar dan sempurna untuk kawalan sentuhan. Internet Explorer 11 membawakan prestasi sentuhan dipertingkat, anjakan kepantasan, dan sejarah pelayaran Internet yang diselaraskan, kawalan serta penyelarasan yang digemari pada semua peranti Windows 8.1. Windows 8.1 juga menyediakan sokongan tempatan untuk pencetakan 3-D, bermakna ia mempunyai sokongan sambung dan main untuk pencetak 3-D, membolehkan app mencetak hasil kerja 3-D dengan lancar dan memahami format fail 3-D.

  • Yang terbaik untuk tugasan berbilang pada sesuatu masa serta produktiviti. 
  • Windows 8.1 mempunyai paparan dan penggunaan sehingga empat app sebelah-menyebelah, penyesuaian saiz tetingkap yang fleksibel untuk setiap app pada skrin, kebolehan satu app melancarkan satu lagi app, dan sokongan berbilang monitor yang dipertingkat agar pengguna boleh melihat paparan komputer atau app daripada Windows Store pada apa-apa atau semua monitor.

  • Penyepaduan awan sebati dengan SkyDrive. 
  • Windows 8.1 membuatkannya lebih mudah berbanding dahulu untuk bekerja di mana-mana dan anda tahu fail anda sentiasa boleh didapati – tidak kira melalui apa peranti atau lokasi sekali pun. Dengan SkyDrive, pengguna boleh mencipta, menyunting, menyimpan dan berkongsi fail di mana-mana sahaja, bila-bila masa atau melalui apa-apa peranti yang mereka gunakan.
Rekaan baharu untuk Windows Store memperbaiki cara app boleh dilihat dan memudahkan pelanggan mendapat app yang mereka mahukan. Tataletak serta kategori baharu, seperti New & Rising, memudahkan pelanggan kekal maklum dengan kemasukan baharu terkini untuk diterokai. Saranan yang disuai khusus menggunakan sistem saranan dan kesesuaian Bing yang canggih untuk mencari aplikasi kegemaran baharu.
Menerusi Windows 8.1, app dikemas kini secara lalai automatik, jadi pengguna akan sentiasa mempunyai versi app yang terbaharu dan terbaik, seperti Fresh Paint, yang kini mempunyai fungsi cat air, set pensel grafit baharu serta antara muka pengguna baharu yang bersih dan moden untuk hasil ciptaan catan atau lukisan terkini. App baharu dan dikemas kini juga sentiasa dihantar ke Windows Store, termasuk Evernote, Facebook for Windows 8.1, Hulu Plus, Adobe Photoshop Express, eBay, Netflix dan NOOK.


Oleh:Nadiel Yusof

#Majalah PC


1:35 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search