Monday 10 September 2012


Memasang Sitemap sering dianggap berlebihan dalam proses membina laman web. Malah ada yang menganggap tiada sebab mengapa pelawat perlu menggunakan fungsi sitemap apabila mengunjungi laman web kita. 

1) Memudahkan navigasi
Seiring dengan namanya, sitemap umpama peta atau “map” bagi sesebuah laman web. Ia bertindak sebagai penunjuk jalan. Apabila pelawat melayari laman web terutama sekali apabila mereka telah membuka berpuluh atau beratus page, mereka mahu mengetahui di page mana mereka berada, ataupun hendak kembali semula ke tajuk utama sesuatu kategori atau topik yang dipaparkan, maka disitu lah fungsi sitemap. Dengan terdapatnya link sitemap dalam sesuatu laman web, maka mudahlah pelawat untuk bergerak dari satu topik ke topik yang lain.

2) Memaparkan secara keseluruhan laman web
Apabila pelawat membuka sitemap, mereka akan nampak secara keseluruhannya apakah yang terdapat dalam laman web anda. Mereka perlukan pandangan secara kasar (big picture) tentang laman web yang mereka lawati dan tidak perlu untuk membuka satu persatu page yang ada. Ia akan menjimatkan masa seterusnya pelawat akan terus sahaja pergi kepada topik yang dicari.

3) Membantu dalam optimasi enjin carian
Apabila anda memasang sitemap, anda sebenarnya telah membina satu page yang mengandungi kesemua link ke page yang terdapat dalam laman web anda. Bayangkan jika robot dari enjin carian melawati laman web anda, dan ia berjumpa dengan sitemap anda dan seterusnya melawati kesemua link-link tersebut. Secara automatik setiap page anda akan di-index oleh enjin carian. Bagi tujuan ini adalah lebih baik anda meletakkan sitemap di page hadapan laman web anda bagi memudahkan robot menjumpainya.

4) Relevan dan penstrukturan laman web
Sitemap membantu menstrukturkan laman web anda. Apa yang saya maksudkan ialah, jika laman web anda mempunyai pecahan kategori-kategori tertentu, melalui sitemap anda akan dapat lihat kategori mana yang terdapat banyak atau kurang isinya. Maka mudah untuk anda menambah apa yang kurang, atau edit topik-topik yang tersalah kategori, ataupun membuang kandungan yang sudah tidak relevan.
Itu lah empat perkara utama mengapa saya akan memasang sitemap dalam semua laman web yang saya bina, tidak kira laman web tersebut berbentuk blog, e-commerce, artikel, dan sebagainya.
Kini banyak laman web dibina dengan menggunakan script seperti WordPress, Joomla, Drupal, Pligg, Mambo, osCommerce, Magento dan banyak lagi, yang menyediakan plugin untuk memasang sitemap dengan mudah. Hanya menekan beberapa klik, sitemap akan dibina dengan sendiri secara automatik.
Dengan adanya sitemap, saya akan memastikan laman web saya mudah untuk dilayari, kemas dan teratur untuk semua pengunjung.




5:09 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search