Wednesday 29 August 2012



PERLINDUNGAN ancaman siber berdasarkan sistem perlindungan 'cloud' malware (MPC) kini mampu menjadi pilihan utama syarikat dalam usaha menangani kebocoran data atau serangan berasaskan web.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Pegawai Teknologi FireEye, Ashar Aziz berkata, MPC mempunyai pengesan kod malware yang mampu melindungi data terutama membabitkan organisasi.
“Ia menganalisis alamat URL untuk mengesan sebarang kegiatan yang mendatangkan ancaman,” katanya.

Menurutnya, perkongsian maklumat berkaitan ancaman siber juga penting dalam usaha mengesan sebarang kegiatan dengan pantas berdasarkan maklumat diperoleh.


“Malah, serangan berkenaan bukan saja disasarkan kepada organisasi besar seperti kerajaan, malah syarikat kecil juga mengalami ancaman daripada entiti berniat jahat menerusi Internet. Kami mendapati sistem keselamatan Internet global termasuk Malaysia menerima ancaman menerusi pemindahan alat peranti, laman sosial, e-mail dan kebocoran data dalam sistem rangkaian organisasi,” katanya.

hmetro


11:19 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search