Saturday 5 May 2012


SINGAPURA - Pengasas bersama laman perkongsian sosial Facebook, Eduardo Saverin berpindah dari Amerika Syarikat (AS) dan menetap di sini, lapor akhbar dalam talian Britain, MailOnline kelmarin.

Saverin, 30, terkenal dalam kalangan penduduk tempatan kerana memiliki gaya hidup seorang playboy.

Dia gemar berseronok dengan ditemani beberapa model jelita di kelab-kelab eksklusif di sini terutamanya kelab Filter di Hotel Conrad.

Saverin juga melabur dalam syarikat kosmetik yang ditubuhkan oleh penyandang gelaran Ratu Cantik Singapura 2009, Rachel Kum.

Dia turut membimbing Kum menguruskan perniagaannya.

"Saya kagum melihat dia (Kum) berani mengorak langkah untuk menceburkan diri dalam bidang perniagaan yang diminatinya," kata Saverin pada majlis pelancaran jenama fesyen Kum.



Dia memandu kereta mewah jenis Bentley dan tinggal di kawasan perumahan elit di sini.

Saverin ialah rakan pengasas bersama Facebook, Mark Zuckerberg semasa mereka menuntut di Universiti Harvard, AS pada tahun 2004.

Berasal daripada keluarga mewah di Brazil, dia melabur dalam Facebook semasa menuntut bersama Zuckerberg di universiti berkenaan.

Menurut majalah Forbes, pelaburan tersebut mendatangkan pulangan lumayan berjumlah AS$2 bilion (RM6.05 bilion) kepada Saverin.

Dia berpindah ke pulau ini selepas berselisih faham dengan Zuckerberg.

Laman jaringan sosial Facebook yang kini berusia sembilan tahun, memiliki 800 juta ahli dan dianggarkan bernilai AS$79.3 bilion (RM241.3 bilion). - Agensi




10:34 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search