Monday 14 May 2012


PENGELUAR produk digital terkemuka dunia, Asus baru-baru ini memperkenalkan model komputer riba ultra Zenbook terbaru, Rose Gold dan Hot Pink.

Rangkaian produk pengkomputeran itu didatangkan bersama kelebihan skrin bersaiz 27 inci dan dilengkapi teknologi diod pemancar cahaya (LED).

Pemilihan tema ultra Zenbook Rose Gold dan Hot Pink berwarna merah jambu dan emas bertepatan dengan suasana musim bunga kini.

Mempunyai reka bentuk fizikal menarik, model terbaru itu juga hanya setebal 0.35 inci di bahagian belakang dan 0.11 inci bahagian hadapan.

Selain itu, ia juga dilengkapi pemproses Intel Core i7, storan SATA Revision 3.0 solid state (SSD), Bluetooth 4.0 dan USB 3.0 serta teknologi ASUS-patented Super Hybrid Engine II yang memberi penjimatan hayat bateri sehingga 25 peratus berbanding rangkaian ultra book lain.

Bagi teknologi skrinnya pula, ia memberi kesan pencahayaan visual lebih terang disempurnakan bersama resolusi QHD bersaiz 2560x1440.

Skrinnya yang bersaiz 27 inci menjadikan model terbaru itu adalah 25 peratus lebih kecil berbanding skrin generik W FHD yang diperkenalkan sebelum ini dengan sudut pandang menegak dan melintang 178 darjah.

Panel LED belakangnya pula disempurnakan bersama 100 peratus ruang warna RGB bagi membolehkan pengalihan warna yang minimum dan mengagumkan.

Disyorkan kepada pengguna daripada kalangan artis professional dan jurugambar, komputer riba itu mempunyai fungsi eksklusif QuickFit Virtual Scale untuk tujuan mengedit foto pada skrin dengan saiz sebenar.

Rekaannya yang ergonomik pula boleh diselaraskan mengikut cita rasa pengguna.




9:04 pm   Posted by Khairul in ,

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search