Tuesday 22 May 2012


Apple semakin garang menyaman Samsung kerana menganggap syarikat dari Korea itu meniru iPad dan iPhone. Terbaru, Apple memfailkan permohonan kuasa injuksi mahkamah untuk menghalang penjualan tablet Android keluaran Samsung dinamakan Samsung Galaxy Tab 10.1, alasan Apple, tablet itu didapati meniru paten produk mereka. Apple sebelum ini sudah berjaya meyakinkan mahkamah German bahawa Samsung Galaxy Tab 10.1 meniru iPad dan berhak untuk dihalang dari dijual dipasaran – kesannya permohonan Apple diluluskan, tablet Samsung Galaxy Tab 10.1 ditarikh balik dari dijual di pasaran pengguna. Apple meneruskan usaha menyaman syarikat yang sama di Amerika pula. 
Kali ini sasaran Apple adalah tiga syarikat – Samsung, HTC, Motorola. HTC telah menerima penangan saman Apple hingga menjadikan 3 model smartphone terbarunya tidak dapat dilancarkan kerana dihalang oleh kuasa injuksi Mahkamah hasil permohonan Apple. Sehingga ke hari ini, Apple bermati-matian memerangi Android kerana menganggap Android meniru iOS. Kuasa Mahkamah dilihat sebagai cara Apple untuk menghalang serta mencantas persaingan dari syarikat elektronik lain yang menggunakan Android, alasan Apple hanyalah kerana mahu melindungi hak intelek walau terlihatan seakan bukan sedemikian.

Sumber: iAwani




2:20 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search