Thursday 19 April 2012




1. Jangan teruskan charge jika bateri laptop telah penuh kerana ini akan mengurangkan jangka hayat bateri dan lebih teruk apabila ada sebahagian model laptop yang sensitif pada voltage dan memberi kesan kepada skrin laptop anda.

2. Jangan benarkan sebarang objek yang boleh menghasilkan haba atau radiasi dekat dengan laptop.

3. Jangan letakkan sesuatu objek walaupun ringan diatas keyboard laptop anda kerana ini menyebabkan keyboard mudah rosak.

4. Jangan letakkan makanan atau minuman berdekatan dengan laptop,dikhuatiri akan tertumpah pada laptop anda.

5. Pastikan wayar charger laptop anda tidak berpintal dan tidak longgar pada hujungnya kerana ini boleh mengundang kepada kebakaran.

6. Jangan benarkan objek terkena pada skrin laptop kerana dikhuatiri akan calar.

7. Jangan amalkan membiarkan laptop anda idle atau kerap hibernate. Lebih baik anda shutdown jika anda tidak mahu lagi menggunakannya.

8. Selalu bersihkan keyboard laptop anda dengan berus bersih bagi mengelakkan objek kecil masuk ke keyboard.

9. Apabila anda surf internet,pastikan laptop anda dilindungi firewall/antivirus. Terdapat firewall dan antivirus percuma disini yang mampu melindungi laptop anda.

10. Apabila menggunakan LCD atau projector dengan laptop,pastikan kipas LCD atau projector jauh dari laptop anda.

Ada banyak lagi langkah-langkah penjagaan laptop yang anda boleh cari dan baca dari majalah-majalah IT mahupun internet.







6:34 pm   Posted by Khairul in with No comments

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search