Sunday 6 November 2011


 Secara asasnya, RAM memang terdapat banyak jenis, tapi kita narrowkan kepada tiga je lah iaitu DDR 1 SDRAM, DDR 2 SDRAM dan DDR 3 SDRAM. DDR-DIMM namanya yang lain dan paling ringkas dipanggil DDR.

DDR | SDRAM merujuk kepada Double Data Rate | Synchronous Dynamic Random Access Memory 


Cara nak buka RAM dekat PC


Lihat slot untuk RAM. Di setiap tepi RAM tersebut terdapat 1 klip yang menahan RAM tersebut. Just tekan klip tersebut and pegang ram tersebut di penjuru atas kiri dan kanan. Seperti Processor, RAM adalah amat sensitif kepada static charges dan perlu di pegang secara berhati hati. Jangan sesekali sentuh metal conductor ram tersebut. Untuk buang charge static, sila pegang komponen metal di badan PC.






keluarkan ia dengan mudah





Perbezaan RAM




perbezaan pertama yang kita  boleh lihat ialah kedudukan slot untuk setiap jenis RAM. Setiap jenis RAM mempunyai kedudukan slot yang berbeza.

Yang kedua ialah jumlah pin warna tembaga di bawah sekali. Jumlah pin untuk RAM DDR1 ialah 184 manakala RAM DDR2 dan DDR3 ialah 240 pin. Jadi, kalau konfius RAM DDR1 dan DDR2 dia punya kedudukan slot hampir sama, sila lihat pin mereka.

Dan yang ketiga kita boleh lihat ialah label sticker yang ditampal kat RAM. Sesetengah manufacture terus label RAM jenis apa, tetapi sesetengah nya menggunakan label Data Rate.





11:22 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search