Monday 5 September 2011


Pencarian ucapan dan lagu-lagu sempena Hari Raya Aidilfitri menduduki tempat teratas dalam carian menerusi syarikat penyedia perkhidmatan Internet, Google sepanjang bulan Ogos lalu.

Jurucakap Google Malaysia berkata, orang ramai telah menggunakan khidmat enjin carian popular, Google Malaysia itu untuk mendapatkan contoh-contoh ucapan Hari Raya Aidilfitri. Pada masa yang sama mereka mendengar dan memuat turun lagu-lagu hari raya yang popular.

Selain itu, Liga Perdana Inggeris 2011/2012 yang bermula baru-baru ini menduduki tempat kedua dalam carian paling kerap dan permainan bola sepak online.

Sementara itu, System of Analysis for School Examination (SAPS) pula menduduki tempat ketiga. Melalui kemudahan itu para pendidik dapat menghantar data-data berkaitan peperiksaan secara online dengan mudah dan senang.

Pencarian untuk blog Jejari Runcing milik Aimie Harmelia juga tinggi selepas penulisnya dikatakan memutuskan pertunangan dengan penjaga gol pasukan kebangsaan, Khairul Fahmi Che Mat.





1:30 pm   Posted by Khairul in with No comments

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search