Tuesday 9 August 2011


Sesebuah rangkaian sosial adalah tempat dalam talian di mana pengguna mencipta sebuah profile dan membina rangkaian peribadi yang menyambungkan dirinya tidak kira lelaki atau perempuan kepada pengguna lain.

BEBERAPA TIP UNTUK KESELAMATAN RANGKAIAN SOSIAL



  • Jangan dedahkan terlalu banyak maklumat tentang diri anda dalam ruangan "Profile Anda" atau "Your Profile"
  • Berhati hati apabila berkomunikasi dengan individu yang baru anda temui dalam talian, terutama apabila orang itu bertanya hal hal peribadi.
  • Ambil orang yang anda hanya kenal secara peribadi sahaja sebagai rakan atau kawan.
  • Buangkan sebarang mesej daripada individu menulis komen yang tidak sesuai.
  • Periksa perundangan mengenai rangkaian sosial seperti Friendster, Myspace, Facebook sebelum menggunakannya untuk berkawan.
  • Jangan pos maklumat mengenai rakan anda kerana ia boleh membahayakan mereka.
  • Ingat, apa yang anda pos dalam talian bukanlah selamat dan boleh dilihat oleh semua orang.


BEBERAPA TIP KESELAMATAN UNTUK ANDA IKUTI SEMASA MEMBLOG DAN BERCHAT

  • Pilih nama gelaran atau Nickname yang tidak mendedahkan nama sebenar anda.
  • Baca dahulu undang undang tapak web untuk memblog dan berchat.
  • Jangan berkongsi maklumat peribadi seperti alamat rumah atau maklumat tempat biasa anda pergi seperti perpustawan, taman atau kedai makan.
  • Jangan pos gambar diri anda sendiri.
  • Jangan bertemu dengan orang yang anda jumpa dalam internet jika tidak tahu siapa mereka.
  • Jika ada individu yang melakukan komen jahat, lucah atau memalukan, halang mereka atau beritahu ibubapa atau guru anda.
  • Jika tapak web blog itu ada senarai rakan benarkan hanya orang yang anda kenal dan percaya sahaja.
  • Jika hendah bertemu dengan rakan internet bertemulah di tempat terbuka dan berjumpa secara beramai ramai.


~  Memblog dan berchat banyak dilakukan dalam rangkaian sosial. Namun anda perlu tahu untuk menggunakannya secara selamat dan positif. ~





2:32 pm   Posted by Khairul in with No comments

0 comments:

Post a Comment

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search