Friday 7 December 2012


Menggunakan utiliti Intel Driver Update untuk mengemaskini sistem anda secara automatik. 

Selepas anda memformat komputer, anda perlu memasang perisian pemacu (driver) bagi membolehkan sistem operasi mengenal perkakasan yang terdapat di dalam komputer. Sekiranya anda membeli komputer baru, anda mungkin bernasib baik kerana selalunya cakera padat pemacu (driver) dan perisian sistem operasi disediakan sekali dalam pakej pembelian. 

Bagi mereka yang telah kehilangan perisian pemacu ini, anda boleh mendapatkan pemacu secara percuma dengan memuat turun dari laman web pengeluar. Apa yang perlu anda tahu adalah jenis pemacu yang digunakan untuk perkakasan seperti kad grafik, peranti bunyi, pemacu USB, LAN, dan lain-lain perkakasan yang ada pada komputer anda. 

Jika anda mempunyai PC berasaskan Intel, anda tidak perlu risau, Utiliti Intel Driver Update menyediakan kemaskini sistem anda secara automatik. Utiliti dalam talian ini akan mengesan kemaskini pemacu yang berkaitan dengan komputer anda, dan kemudian membantu anda memasangnya dengan mudah dan cepat. 






Cara Mengemaskini Komputer Berasas Intel 

Untuk memeriksa kemaskini terbaru komputer anda, anda hanya perlu melayari laman Intel Driver Update Utility dan klik pada butang Check your system for the latest updates. Ia akan mengesan pemacu terbaik untuk komputer anda dan kemudian membantu anda memasangnya. 

Utiliti Intel Driver Update ini menyokong pelayar web Internet Explorer, Firefox, Google Chrome, Safari dan tersedia untuk sistem operasi Windows 7, Windows Vista, Windows XP, dan Windows 2000. Dapatkan maklumat lanjut di sini. 



http://www.intel.com/p/en_US/support/


1:58 am   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search