Friday 1 June 2012


Toshiba menghentikan pengeluaraan netbook mereka di Amerika, bahkan tidak akan lagi menjual apa-apa model netbook terbaru sebaliknya memfokus segala usaha untuk mempopularkan ultrabook Toshiba Portege Z830 yang nipis dan tahan lama baterinya walaupun mempunyai perbezaan besar dari segi harga dengan netbook keluaran mereka. Ini bermakna, model netbook Toshiba yang terbaru iaitu Toshiba Cedar Trail NB510 tidak akan dipromosikan lagi seperti biasa. Mungkin keadaan ini akan melarat ke negara-negara lain di mana netbook semakin kurang di promosikan sebaliknya tablet yang merajai pasaran terutama Apple iPad dan tablet Android. Di Malaysia sendiri, netbook sudah jarang-jarang dipromosikan, sebaliknya tablet memenuhi ruang iklan dan sentiasa tampil menjadi peranti komputer terhangat masa kini di kalangan pengguna. Netbook tidak akan pupus, cuma dijangka mendapat kurang permintaan berbanding semasa tahun 2009-2011.


9:50 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search