Saturday 8 December 2012


Google Apps merupakan salah satu perkhidmatan yang ditawarkan oleh Google untuk perniagaan, membolehkan mereka menggunakan beberapa perkhidmatan Google dibawah nama domain dan penjenamaan sendiri, termasuk GMail, Docs, Calendar dan sebagainya.

Namun, setelah sekian lama menawarkan pakej asas dalam versi percuma, kini Google mengubah tawarannya, dimana tiada lagi akaun percuma untuknya, dan memerlukan para pengguna baru yang ingin mendaftarkannya untuknya memilih pakej berbayar.

Walaubagaimanapun, untuk pengguna Google Apps percuma buat masa ini, mereka tidak terjejas, dan boleh menggunakan ia secara percuma selagi tidak diubah oleh Google.

Dengan pelan berbayar daripada Google, ia membolehkan perniagaan mendapat sokongan khidmat pelanggan daripada Google, selain ruangan storan yang lebih besar dan lebih banyak akaun yang boleh dibuat melaluinya.

Kredit: amanz 




11:27 pm   Posted by Khairul in

Bookmark Us

Delicious Digg Facebook Favorites More Stumbleupon Twitter

Search